"Gloria, mari tolong mak masak dekat dapur ni."
"Ala, mak, suruhlah kakak tolong. Mak ni, kacau betullah. Orang nak baca majalah pun tak boleh. Suruhlah kakak tu yang tolong mak memasak.
"Amboi, kita ingatkan dia baca buku, tapi baca majalah pula. Apa nak jadi dengan kamu ni Gloria? PMR nak dekat tapi sibuk nak baca buku yang tak masuk dalam PMR kamu. Kamu nak jadi apa dah besar nanti?"
"Soalan yang bagus. Mak, orang nak jadi artislah, mak, mana tak tengok majalah. Cuba mak tengok ni, gambar suami saya Justin Timberlake. Masuk majalahkan, mak. Hehehehe..."
"Sudah-sudahlah tu, Gloria. Mari tolong mak. Jangan nak berangan lagi."
"Okey, bos."
*********************************************************************************
Semasa aku sedang merehatkan diri di bilik, aku mulai teringat akan kata-kata kawanku semasa di sekolah tadi. Mereka kata, aku tak boleh jadi artis sebab tak cukup pakej. Pakej tu adalah rupa dan gaya. Oh, mereka ingat aku tak boleh jadi artis ke. Walaupun perwatakan aku macam lelaki dan rupa aku tak seberapa, ingat aku tak boleh jadi artis ke. Tunggulah kamu semua, jangan harap nak tumpang glamour dengan aku.
************************************************************************
Keesokkan harinya, seperti biasa, aku pergi ke sekolah dengan kakak aku yang syok pandai tu. Kadang-kadang aku terfikir juga, kakak aku yang rajin sangat ni nak jadi apa bila dah besar nanti? Takkan tak ada cita-cita kot. Ah, aku tanya sajalah.
"Kak, Ton, kakak nak jadi apa dah besar nanti?"
"Adik, kakak nak jadi doktorlah. Kenapa adik tanya?"
"Saja nak tanya. Kakak tak pernah terfikir ke nak jadi artis?"
"Adik....adik, nak jadi artis buat apa? Nanti tak ada masa nak uruskan diri sendiri. Cuba tengok artis kat luar tu, nama saja artis tapi tak ada masa nak urus diri sendiri. Betul tak?"
"Taklah, kak....kalau jadi artis, kita tak perlu urus diri kita sebab pengurus kita yang akan urus tentang kita."
"Tapi, dik.....kalau kita suruh pengurus kita yang buat kerja dan urus semua hal kita, bila kita nak belajar berdikari? Contohlah, kalau adik dah jadi artis nanti dan adik ada keluarga sendiri, takkan adik nak suruh pengurus adik yang uruskan semua hal yang berkaitan dengan keluarga adik, tentu adik tak nakkan?"
"Adik akan upah orang gaji. Hehehe...."
"Adik, buat apa nak upah orang gaji? Kalau adik upah orang gaji nanti, makin bertambahlah masalah adik."
"Maksud, kakak?"
"Maksud kakak, kan sekarang ramai suami yang ada hubungan sulit dengan orang gaji sebab isteri mereka tak ambil peduli tentang hal rumah tangga mereka. Pasti adik tak nak suami adik macam tu?"
"Mestilah adik tak nak. Tapi jadi artis adalah cita-cita adik selama ni. Ada ke cara lain lagi, kak?"
"Entahlah, dik.... Suka hati adiklah nak buat apa, janji bukan benda yang tak baik. Okeylah, kita dah sampai dekat sekolah ni. Adik ingatlah kata-kata kakak tadi."
************************************************************************
Seperti biasa, aku dan kawan-kawanku bercerita tentang hal masing-masing sebelum mulanya sesi pembelajaran. Selalunya aku yang akan mulakan topik-topik hangat tapi sekarang kawanku, Monica.
"Hey, aku rasalah nak jadi pramugari bila dah besar nanti. Kamu semua nak jadi apa?"
"Aku macam biasalah, nak jadi artis. Kan aku popular dekat sekolah ni. Hehehe...." jawabku.
"Oi, Gloria....jangan perasanlah kamu tu boleh jadi artis. Setakat popular dekat sekolah ni saja belum cukuplah...." jawab Josephine.
"Oh, kamu fikir saya tak popular ke? Kalau tak percaya, cuba pergi tanya dekat setiap tingkatan, ada tak orang yang kenal saya....." tambahku lagi.
"Sudah-sudahlah kamu berdua tu bergaduh. Tak boleh ke kamu berdua berbaik dalam satu hari? Penatlah tengok kamu berdua bergaduh saja. Mengalahkan kucing dengan anjing saja. Betul tak, Mon?" kata Scallie.
"Betul, betul...." jawab Monica seolah-olah Ipin.
"Apa hal ni, geng?" celah Hasidah.
"Biasa. Faham-fahamlah dengan keadaan seperti ni." jawab Scallie.
"Tak habis-habis lagi ke kamu berdua ni bergaduh. Cubalah berbaik dalam satu hari." kata Hasidah.
"Jangan haraplah aku nak berbaik dengan orang perasan tu. Tak kuasa aku nak berbaik dengan dia." kata Josephine.
"Amboi, cantiknya bahasa. Ingat aku nak sangat berbaik dengan kau tu. Dahlah muka macam mak cik kat kantin saja. Hahaha...." jawabku lagi dengan ketawa.
"Melebih nampaknya....nanti kau." jawab Josephine dengan perasaan yang marah.
"Oi, Josphine, Gloria....apa kamu berdua buat tu, sampai tak sedar cikgu dah masuk kelas ni?"
"Josephine tu, cikgu.....dari tadi dia nak gaduh dengan saya." kataku.
"Mana ada, cikgu.....dia yang dulu cari hal dengan saya." jawab Josephine.
"Kamu yang dulu." tambahku lagi.
"Kamu..." celah Josephine lagi.
"Sudah tu. Balik ke tempat duduk kamu berdua. Pening kepala cikgu kalau urus hal kamu berdua ni." kata Cikgu Wong.
"Betul tu, cikgu." celah Abdul Shafiq. Budak yang paling nakal dalam kelas kami orang.
*************************************************************************
Sesi persekolahan telah tamat dan semua pelajar pulang ke rumah. Seperti biasa, kawan-kawanku lepak dekat kantin sementara menunggu ibu bapa mereka. Aku seperti biasa, menjalani kehidupan hari-hariku dekat rumah dengan membaca majalah dan menonton televisyen.
*************************************************************************
Seperti biasa, selepas saja makan malam dengan keluarga, aku menyiapkan semua kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu-cikgu tadi. Lepas saja aku selesai menyiapkan semua kerja sekolahku, aku mula masuk tidur sebab penat.
"Gloria, bagaimanakah perasaan anda semenjak dah jadi popular ni?" tanya seorang wartawan dari Murai.
"Saya berasa amat gembira kerana saya tidak menyangka bahawa saya dapat masuk ke dalam dunia hiburan ni dengan cepat." jawabku.
"Selepas ni, apa rancangan Gloria?" tanya seorang lagi wartawan.
"Setakat ni, saya belum ada apa-apa rancangan lagi tapi mungkin saya akan berlakon dalam satu filem yang bertajuk 'Ganas'."
"Dalam filem tersebut, watak apakah yang akan dipegang oleh Gloria?" tanya wartawan itu lagi.
"Kalau tu, saya tak pasti lagi sebab saya baru mendapat skrip tersebut. Saya cuma berharap watak saya dalam filem tersebut adalah seorang penjahat." jawabku lagi.
"Dengar katalah, betul ke, Gloria belum berpunya?" tanyanya lagi.
"Erm, kalau tu, memang betul. Saya masih belum berpunya lagi." jawabku dengan selamba.
"Kalau macam tu, bolehlah peminat Gloria isi borang." katanya lagi.
"Boleh saja, tak ada masalah." balasku.
"Okeylah, Gloria, setakat ni saja perjumpaan kita kali ni. Semoga kita berjumpa lagi. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama kami." celah wartawan satu lagi.
"Sama-sama." jawabku.
Tiba masanya untuk aku memulakan photoshoot aku untuk cover majalah.
"Cik Gloria, tolong jangan kaku semasa saya ambil gambar." kata jurugambar majalah tersebut.
"Ish, sabarlah. Tak boleh rehat ke, dari tadi asyik ambil gambar. Penatlah nak pose sana, pose sini. Ingat badan saya ni getah ke, boleh dibuat sesuka hati." kataku.
"Cik Gloria, nilah namanya kerja artis. Kalau Cik Gloria tak nak buat kerja ni, bagus tak payah jadi artis." kata jurugambar itu lagi.
"Amboi, cantiknya bahasa. Kamu mesti ingat yang kamu tu berkerja sebagai jurugambar untuk ambil gambar saja dan ikut apa yang artis kamu cakap. Jangan nak ajar saya. Kamu buat saja kerja kamu. Dah, saya nak berehat ni." jawabku pula.
"Afifah, tolong ambilkan saya air. Saya haus ni. Dari tadi tak henti-henti bekerja. Cepat sikit." kataku kepada pengurusku.
"Baik, Cik Gloria."
"Ni dia airnya, Cik Gloria." kata pengurusku sambil menghulurkan segelas air kepadaku.
"Terima kasih, Afifah. Erm, lepas ni apa yang kita buat?" tanyaku.
"Lepas ni, Cik ada temu janji di dengan siaran radio Era, pukul 10 pagi." katanya.
"Okeylah." jawabku.
Aku merasa seolah-olah aku sedang bermimpi. Tak sangka pula impianku selama ni tercapai juga. Akhirnya, dapat juga aku menjejakkan kakiku ke bangunan radio Era dan berjumpa dengan radio sensasi Era. Hehehe.....
"Hai, Gloria, selamat datang ke tempat kami." kata DJ Hanif.
"Baiklah, Gloria, sekarang kami ingin menemu bual Gloria secara umum menerusi siaran radio kami. Dah bersedia ke?" tanya DJ Ray.
"Dah, saya dah bersedia." jawabku.
"Sekarang, Gloria dah semakin popular sehingga banyak filem dan drama yang dilakonkan oleh Gloria. Jadi, bagaimanakah perasaan Gloria sekarang?" tanya DJ Hanif.
"Saya merasa amat gembira kerana saya tak sangka yang saya mempunyai jutaan peminat diluar sana. Dengan adanya mereka, saya semakin bersemangat untuk terus menceburi diri saya dalam dunia hiburan ini." jawabku.
"Baiklah, Gloria. Sekarang kami ingin menanyakan kepada Gloria dengan soalan yang lebih hangat. Ada gosip mengatakan bahawa Gloria mempunyai hubungan sulit dengan seorang datuk. Boleh Gloria bagi penjelasan sikit tentang gosip tersebut?" tanya DJ Ray.
"Erm, saya ingin mengatakan bahawa semua gosip yang mengatakan saya ada hubungan sulit dengan datuk tersebut adalah salah. Lelaki yang bersama saya tersebut adalah uncle saya sendiri." tambahku lagi.
"Jadi semua gosip tersebut adalah salahlah Gloria?" tanya DJ Ray.
"Ya, betul sekali." jawabku.
"Siapa pula lelaki yang sering keluar dengan Gloria setiap kali ada majlis yang diadakan?" tanya DJ hanif. "Nampaknya, soalan semakin panas yerr...." tambahnya lagi.
"Kalau tu, saya mengaku bahawa lelaki yang bersama dengan saya tersebut adalah kawan baik saya." jawabku lagi.
"Kawan baik ke kawan istimewa." celah DJ Ray.
"Erm, lebih kira macam tulah. Tapi belum sampai ke tahap yang serius. Setakat ni, saya dengan dia hanya berkawan. Kami ingin mengenali hati budi masing-masing tak lebih dari tu." kataku.
"Baiklah, setakat ni saja perjumpaan kita, Gloria. Kami berharap agar kita berjumpa lagi. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama kami." kata DJ Hanif. "Sekarang, mari kita dengarkan lagu dari Stacy, Kisah Dongeng. Era memainkan muzik yang terbaik." katanya lagi.
"Sama-sama." kataku.
Semasa aku keluar dari pejabat radio Era, aku melihat ramai wartawan yang sedang menunggu aku di depan pintu utama pejabat tersebut. Mereka ingin mengetahui maklumat dengan lebih lanjut tentang gosip aku baru-baru ini.
"Gloria, adakah betul semua gosip yang mengatakan bahawa Gloria ada hubungan sulit dengan datuk?" tanya salah seorang daripada mereka.
"Gloria, siapakah nama lelaki yang sering keluar dengan Gloria?" tanya mereka lagi.
"Maaf, semua, Cik Gloria ada hal. Dia tidak boleh diganggu sekarang. Sila bagi laluan untuk Cik Gloria kita ini." kata pengurusku.
Banyak kali mereka menanyakan soalan yang sama kepadaku sampai mengejar aku ke tempat aku meletakkan kereta. Aku terpaksa berlari kerana aku takut untuk menjawab soalan-soalan yang lebih panas lagi. Aku menjerit seorang diri didalam kereta dan aku merasa badanku panas seperti apa. Tiba-tiba aku terdengar suara seorang perempuan tua yang memanggilku.
"Nak, bangun, nak. Apa yang terjadi dengan kamu ni?" kata perempuan itu.
Aku membuka mataku dan aku melihat bahaw perempuan tersebut adalah ibuku yang sedang duduk di tepiku dengan perasaan yang sangat hairan. Aku menyangka bahawa aku betul-betul dikejar wartawan tetapi rupanya aku bermimpi. Sungguh menakutkan. Nasib baiklah mimpi. Dari hari itu, aku berhenti bercerita tentang impian aku ingin menjadi artis keranaku takut mimpikan hal yang sama. Walaupun aku takutkan perkara tersebut tapi aku tetap berminat untuk menjadi seorang artis yang popular di dalam dunia ni. Hehehehe......
************************************************************************
TAMAT

No comments:
Post a Comment